fbpx

Di Maria terima padah digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI MARIA digantung empat perlawanan selepas didapati bersalah meludah pemain Marseille, Gonzalez ketika insiden pergaduhan pada aksi PSG menentang Marseille. – AFP

PARIS – Tindakan biadap pemain sayap Paris Saint- Germain, Angel Di Maria meludah pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzales bulan lalu menyebabkan dia me­nerima padah selepas digantung empat perlawanan dalam saingan Ligue 1.

Di Maria melakukan aksi tidak profesional itu ketika mereka tewas 0-1 pada pertembungan Le Classique pada 14 September lalu.

Pada saingan tersebut, perlawanan terpaksa dihentikan pada minit terakhir perlawanan selepas tercetus insiden pergaduhan hingga menyebabkan pengadil perlawanan melayangkan lima kad merah.

PSG menerima tiga kad merah menerusi Layvin Kurzawa, Leandro Paredes termasuk Neymar turut diarah keluar padang selepas dilihat menampar kepala­ Gonzalez.

Pasukan pelawat, Marseille juga kehilangan dua pemain terbaiknya, Jordan Amavi dan Da­rio Benedetto yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Namun, skuad PSG kendalian, Thomas Tuchel berpeluang menyenaraikan pemain Argentina itu ketika menentang Reims, hujung minggu ini, berikutan hukuman tersebut hanya berkuat kuasa Selasa depan.

Pemain Argentina itu akan terlepas perlawanan Ligue 1 bertemu Angers, Nimes, Dijon dan Nantes nanti.

Selepas tewas dalam dua perlawanan awal musim ini, PSG kini meraih mata maksimum dalam dua perlawanan terakhir apabila me­nundukkan Metz dan Nice. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI