fbpx

Aaron-Wooi Yik dilantik sebagai duta 100Plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS Kanan Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin (tengah) bergambar bersama duta 100Plus Aaron -Wooi Yik di ABM, Bukit Kiara semalam.

BEREGU lelaki No. 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima tonik bagi mengharungi Sukan Olimpik 2021 Tokyo, Jepun selepas dilantik menjadi duta kepada minuman isotonik nombor satu Malaysia, 100Plus.

Pelantikan itu menyaksikan dia mengikut jejak bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjadi duta minuman isotonik itu sejak 2009 dan bintang perseorangan negara, Lee Zii Jia sejak tahun lalu.

Selain memburu pingat emas Olimpik, finalis kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu bertekad menjulang sekurang-kurangnya satu gelaran pertandingan besar pada masa akan datang termasuk muncul juara Kejohanan Dunia.

“Kami sangat bersyukur ke­rana dengan tiada sebarang kejohanan akibat Covid-19 tahun ini, 100Plus tampil memberi soko­ngan kepada kami. Pelantikan ini sedikit sebanyak memberi kami motivasi dan semangat untuk bersaing pada Olimpik nanti.

“Tahun depan banyak kejohanan penting dan paling utama bagi kami berdua adalah muncul juara Kejohanan Dunia dan Olimpik,” kata Aaron selepas majlis pelantikan sebagai duta 100Plus di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Aaron-Wooi Yik muncul selaku pemain beregu terbaik negara selepas berjaya menembusi ranking 10 teratas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila menduduki tangga kesembilan.

“Sokongan 100Plus menerusi sukan badminton sememangnya sinonim dan merupakan bukti keyakinan mereka terhadap kami dan pengiktirafan terhadap segala usaha kami sebelum ini,” kata Aaron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI