KUALA LUMPUR – Jenama AirAsia yang sebelum ini sinonim dengan penerbangan tambang murah bakal ditransformasikan kepada syarikat digital berasaskan pelancongan, gaya hidup dan perkhidmatan kewangan menerusi pengenalan AirAsia Digital.
AirAsia Digital merupakan cabang digital Kumpulan AirAsia, yang sebelum ini dikenali sebagai RedBeat Ventures.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Goup, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya melihat semua pilihan untuk menjana modal bagi pertumbuhan AirAsia Digital, namun menegaskan pihaknya tidak memerlukan jumlah yang besar.
Jelas beliau, AirAsia telah memiliki semua yang diperlukan termasuk jenama yang baik, pelanggan, data dan kepakaran bagi memastikan AirAsia Digital menjadi platform pilihan untuk komuniti di rantau Asia Tenggara.
“Ia (permodalan) boleh jadi dalam bentuk hutang atau ekuiti, kami baru memulakan proses ini. Kami membuat semua ini (inisiatif digital) menerusi modal kami sendiri, sama seperti ketika kami membina AirAsia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai AirAsia Digital di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun dan Presiden (AirAsia Digital) AirAsia Group, Aireen Omar.
Menurut Tony, AirAsia Digital bukan satu pelan alternatif (pelan B) untuk syarikat dan cuba lari daripada industri penerbangan yang teruk menerima kesan pandemik Covid-19, sebaliknya pihaknya telah merancang untuk memulakan inisiatif berkenaan sejak dua tahun lalu.
Katanya, pandemik Covid-19 hanya mempercepatkan proses tersebut.
“Ini adalah pelan A, kami sentiasa ingin mempelbagaikan punca pendapatan bagi syarikat. Kami melihat industri penerbangan akan kembali pulih dan ini dapat dilihat daripada operasi penerbangan peringkat domestik,” katanya.
Transformasi jenama AirAsia Digital
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 24 September 2020, 9:20 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Tujuh outlet Churros+ dapat sijil halal
29 Mei 2026, 11:37 am

Pendaratan pesawat baharu 737-8 lengkapi pesawat Boeing ke-200 MAG
24 Mei 2026, 5:02 pm

Inisiatif lahir tenaga kerja industri penerbangan
18 Mei 2026, 2:35 pm

Pusat beli-belah diserbu, peminat jam bergaduh sampai patah tangan
16 Mei 2026, 4:29 pm

Baru habis rekrut, berebut nak ‘angkat’ Honda
15 Mei 2026, 2:02 pm

Happy Grains diiktiraf Jenama Bijirin Sihat Paling Laris tahun 2025
10 Mei 2026, 4:35 pm

Peritnya hidup pasangan ‘PJJ’
9 Mei 2026, 9:00 am

Robot humanoid punca penerbangan lewat
6 Mei 2026, 6:00 pm






