fbpx

Status tiga pasukan dalam risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FIRDAUS

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa agar tiga persatuan bola sepak (FA) mengambil serius untuk menghantar permohonan penswastaan kelab (FC) yang akan tamat pada 30 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd. Firdaus Mohamed mengesahkan 12 pasukan sudah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) ke FC.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United, Petaling Jaya City (PJ City), Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan Uni­ted, Melaka United, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

“Tahniah diucapkan kepada 12 pasukan ini atas kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi serta para pegawai mereka untuk berjaya menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dalam melengkapkan proses penswastaan FC ini.

“Sementara itu, enam pasukan lain masih dalam proses untuk melengkapkan penswastaan FC ini iaitu Selangor, Kelantan dan Felda United FC yang sudah dalam peringkat akhir proses selain Pahang, Pulau Pinang dan Kedah yang berada dalam pe­ringkat pertengahan.

“Bagaimanapun, tiga lagi pa­sukan iaitu PDRM, UiTM FC dan UKM FC pula berada dalam pe­ringkat awal proses penswastaan FC dan surat peringatan terakhir telah dihantar kepada pasukan-pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Firdaus turut menjelaskan hukuman berat akan menanti pasukan-pasukan yang gagal selain potensi mereka tidak akan diterima untuk me­nyertai kejuaraan peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain pertandingan domestik Liga Malaysia musim depan.

“Ingin ditekankan bahawa tarikh akhir yang ditetapkan pada 30 September 2020 tidak boleh dianjakkan lagi dan semua pihak pengurusan pasukan yang terbabit perlu memberi perhatian serius.

“FAM sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mana-mana pasukan yang memerlukan.

“Kita mahu melihat kesemua pasukan ini dapat melengkapkan juga penswastaan FC ini sebelum tarikh akhir tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI