fbpx

Platinum Oil sasar jualan minyak pelincir baharu cecah 8,000 botol sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Platinum Oil Sdn. Bhd. (Platinum Oil) mengunjurkan jualan bagi produk terbaharunya, minyak pelincir kende­raan Fully Synthetic 0W20 SN/Ci4 mencecah kepada 8,000 botol sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pla­tinum Oil, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, melalui so­kongan dan komitmen daripada lebih 300 ejen dan pengedarnya, nilai unjuran jualan itu bakal dicapai.

Menurut beliau, syarikat optimis terhadap produk minyak pelincir itu akan mendapat tempat di pasaran meskipun dalam keadaan ekonomi sukar kini.

“Kami telah menjalankan kajian dan pembangunan yang teliti untuk mengeluarkan pro­duk yang dikuasakan dengan Tek­nologi Tanpa Geseran (ZFT),” katanya.

Beliau berkata demikian pa­da majlis pelancaran minyak pelincir baharu itu di pejabatnya di Seksyen 23 di sini baru-baru ini.

Suhaimi menjelaskan, pro­duk berformulasi Fully Synthe­tic 0W20 itu mampu melindungi enjin daripada suhu yang tinggi seterusnya meningkatkan prestasi dan tahap kecekapan enjin ken­deraan dengan lebih optimum.

Tambah beliau, gred tersebut sesuai untuk kenderaan alaf baharu yang menekankan ciri mesra alam kerana ia menghalang dan membersihkan karbon yang boleh terbentuk sewaktu proses pembakaran dalam enjin, secara tidak langsung ia akan mengurangkan pembebasan karbon kepada alam sekitar.