fbpx

ParkHomes, kediaman impian di pinggir ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persekitaran yang tenang dan permai menggamit kepulangan selepas penat bekerja antara nilai terbaik yang diberikan Bandar Tasik Puteri.

 

SELEPAS penat seharian membanting tulang mencari rezeki dan melaksanakan pelbagai tanggungjawab harian, tempat terbaik untuk melepaskan lelah adalah di rumah.

Ibarat kata ‘rumahku syurgaku’, kediaman yang selesa dan mendamaikan menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian selain lokasi yang tenteram dan tenang untuk istirehat.

Pencarian kediaman impian bukanlah mudah, sebagai pembeli, kita pastinya memiliki jangkaan dan keinginan tertentu yang mesti dipenuhi.

Kriteria seperti harga mampu milik, kehadiran pelbagai kemudahan berhampiran dan kebolehcapaian juga tidak boleh diberi kompromi.

Bandar Tasik Puteri dikelilingi dengan rangkaian lebuh raya utama iaitu LATAR, NSE dan GCE.

Kesemua syarat itu sebenarnya telah pun terjawab di Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang, sebuah pembangunan cemerlang oleh Rawang Lakes Sdn. Bhd. (Rawang Lakes), anak syarikat Kumpulan Low Yat.

Terletak di bahagian utara Lembah Klang, berhampiran ibu negeri Selangor, Shah Alam, BTP sememangnya menjanjikan kedamaian hidup di pinggir bandar Kuala Lumpur.

Projek perbandaran terbesar di utara Lembah Klang dengan keluasan 1,080 hektar itu telah dibangunkan seawal tahun 2000 dan mempunyai akses mudah kerana dihubungkan sistem lebuh raya yang baik termasuk Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuh Raya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Ia kini dihuni lebih 60,000 penduduk dan dijangka terus berkembang kerana banyak projek baharu sedang direncanakan untuk memenuhi permintaan pembeli yang mengimpikan kediaman di pinggir ibu kota.

ParkHomes dengan keluasan dari 1,603 kaki persegi menjanjikan ruang yang selesa untuk seisi keluarga.

Projek terbaharu BTP dilancarkan pada bulan lepas, iaitu ParkHomes yang merangkumi 151 unit rumah teres dua tingkat.

Dibina atas tanah bersaiz 4.83 hektar, projek perumahan ini berkonsep komuniti terbuka seakan-akan perbandaran moden dan urban di luar negara.

Penduduk tidak perlu bimbang dengan soal sekuriti kerana pengawal keselamatan BTP sentiasa melakukan rondaan dan mengawasi perbandaran berkenaan termasuk di ParkHomes.

Kediaman seluas dari 1,603 kaki persegi dengan keluasan tanah 22×75 itu merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air ditawarkan dari harga RM450,000.

Rekaan dalaman ParkHomes memberikan ruang yang luas dan memenuhi selera pembeli masa kini.

ParkHomes menitikberatkan keselesaan penghuni dengan memberikan keluasan ruangan dan mewujudkan elemen ruangan yang berfungsi.

Lebih menarik, konsep terbuka turut ditampilkan dalam reka bentuk dalam rumah dengan ruang tamu, tempat makan dan dapur direka selari tanpa dinding penghalang sekali gus menjadikannya rekaan kontemporari.

Projek yang dijangka siap menjelang penghujung tahun 2022 atau awal tahun 2023 ini terletak berhampiran dengan taman rekreasi utama di BTP iaitu Central Park berkeluasan 13.4 hektar.

Peminat-peminat golf juga boleh mengisi masa lapang di lapangan golf yang terkemuka iaitu Tasik Puteri Golf & Country Club yang tersedia ada di BTP.

ParkHomes turut dilengkapi kemudahan rekreasi kanak-kanak yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Bagi memenuhi permintaan penduduk dan pelabur berpotensi, BTP bakal menyaksikan pelbagai pembangunan konsep baharu dalam tempoh terdekat termasuk sebuah hub runcit diberi nama Paradise Fair yang bakal siap dalam tempoh dua tahun.

Malah, pelbagai lagi kemudahan lain bakal dibina termasuk kedai-kedai pejabat dan SOHO di samping hab pendidikan, sekolah antarabangsa serta francais makanan segera.

Pusat perbankan komersial dan pusat kesihatan turut berada dalam perancangan selain balai polis, balai bomba, pasar dan pusat komuniti.

Pembeli ParkHomes ditawarkan pelbagai promosi menarik sempena Kempen Pemilikan Rumah yang berakhir hujung tahun ini.

Projek ParkHomes telah dilancarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menerima sambutan sangat menggalakkan dengan 98 peratus daripada keseluruhan unit telah ditempah.

Bagi memudahkan urusan pembeli, Rawang Lakes turut menyediakan platform tempahan online, btphouzdeal.com.my yang membolehkan pelanggan mendapatkan info berkenaan produk BTP dan melihat rumah contoh secara maya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-60935188 atau melawat galeri jualan di BTP Sales Gallery Rawang menggunakan aplikasi Waze.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI