fbpx

Mahdzir nafi sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan Mahdzir di laman Facebook.

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid menafikan menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan ringkas petang ini, Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Naib Presiden UMNO itu menafikan laporan sebuah portal online.

“Saya, Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson (Anwar), seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” ujarnya dalam laman Facebooknya hari ini.

Semakan di Google mendapati, portal yang dimaksudkan ialah thecoverage.my yang melaporkan senarai 19 Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN