fbpx

Jakim anjur seminar persediaan pensijilan halal skim peranti perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakimah (tengah) bergambar kenangan bersama peserta yang hadir pada majlis penutup Seminar Persediaan Pensijilan Halal Skim Peranti Perubatan di Sepang hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Fokus halal kini tidak lagi terhad kepada aspek makanan dan perkhidmatan sahaja sebaliknya ia diperluaskan kepada industri peranti perubatan.

Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini sedang mempersiapkan pelbagai pihak berkepentingan untuk memahami proses pensijilan halal berkenaan sebagai persediaan untuk diguna pakai bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Bahagian Pengurusan Halal (BPH), Jakim dalam kenyataan berkata, penganjuran Seminar Persediaan Pensijilan Halal Skim Peranti Perubatan selama dua hari berakhir semalam adalah satu usaha mempersiapkan pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

Menurutnya, seminar secara tertutup berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang itu dihadiri kakitangan
dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Standard Malaysia (JSM) dab Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Satu standard khusus di bawah MS2636:2019 (Halal Medical Device – General Requirements) bagi peranti perubatan patuh syariah telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).

“Ia kelak akan diguna pakai oleh Jakim, JAIN dan MAIN bagi pensijilan halal peranti perubatan seterusnya mampu memberi impak besar kepada sektor perkhidmatan kesihatan dan perubatan negara.

“Skim peranti pensijilan peranti perubatan yang dibangunkan JSM itu adalah yang pertama di peringkat dunia,” katanya.

Jelas beliau, insiatif yang dibangunkan Jakim bersama agensi-agensi berkepentingan itu mampu memberi impak maksima kepada sektor perkhidmatan kesihatan dan perubatan negara.

“Konsep halal bagi peranti perubatan perlu meliputi keseluruhan rantaian penghasilan dan penggunaan peranti perubatan.

“Selain itu, ia turut membabitkan pemerolehan sumber bahan mentah dari unsur yang dibenarkan oleh syarak, proses yang tidak membabitkan bahan-bahan yang diharamkan, pembungkusan, pelabelan, logistik dan sebagainya,” katanya.

Majlis penutup seminar itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI