fbpx

Ducati tidak minat khidmat Lorenzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LORENZO dikatakan antara calon yang akan kembali menyertai Ducati tetapi perkara itu dinafikan oleh pasukan tersebut. – AFP

LONDON – Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna mendedahkan bahawa pihaknya tidak berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada pelumba muda.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Ducati dikatakan sedia memanggil semula Lorenzo selepas Andrea Dovizioso membuat keputusan meninggalkan pasukan Itali itu sebaik sahaja berakhir perlumbaan musim ini.

“Selepas perbincangan, kami membuat keputusan untuk mencari pelumba muda yang dilihat mampu menawan karakter agresif Ducati. Buat masa ini kami berpuas hati dengan pelumba uji kami iaitu Michele Pirro.

“Mengenai khabar angin yang mengatakan Luca Marini akan bersama pasukan Avintia, bagi saya ia cuma spekulasi liar. Ketika ini kami akan mencari jalan terbaik buat pasukan dan pelumba,”­ kata Dall’Igna.

Dalam pada itu, Dall’Igna turut menegaskan pasukannya tetap akan menyediakan jentera terbaik buat Dovizioso untuk memastikan pelumbanya itu mampu­ bergelar juara dunia sebaik meninggalkan Ducati.

“Saya merupakan Pengurus Besar Ducati dan ia tidak bermaksud semua idea berkenaan jentera datang daripada saya. Saya mempunyai kuasa untuk mengarahkan krew untuk mengemukakan idea inovatif.

“Ducati mengembangkan teknologinya dan kemudian membawanya ke pasukan ini. Sudah pasti kami akan menyediakan jentera terbaik buat Dovizioso biarpun dia akan me­ninggalkan kami musim depan,” tegas Dall’Igna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI