fbpx

Deliver2Me mudahkan pelanggan berbelanja di Kedai Mesra Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Setel, platform e-pembayaran pertama di Malaysia memperkenalkan, Deliver2Me perkhidmatan pembe­lian dalam kereta pertama di Malaysia dengan pengenalan Setel Wallet, pembayaran tanpa tunai di Kedai Mesra Petronas.

Menyasarkan mereka yang sen­tiasa sibuk, Deliver2Me menawarkan pilihan yang mudah untuk berbelanja tanpa perlu meninggalkan kenderaan ma­sing-masing.

Bagi pengguna yang lebih gemar berbelanja di dalam kedai, mereka boleh menggunakan Se­tel Wallet, sistem tanpa tunai untuk membayar barangan dengan mudah di 800 rangkaian Kedai Mesra.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, Setel kini berjaya mencapai mat­lamatnya untuk menembusi pasaran peruncitan mudah alih di Malaysia.

Menurut beliau, dengan pe­ngenalan Deliver2Me dan Setel Wallet yang menampilkan ciri-ciri baharu serta inovatif, telah memberi kemudahan yang le­bih baik di samping membantu
memaksimumkan keselamatan peng­­guna Setel di stesen minyak Petronas di seluruh negara.

“Ciri yang menerima permintaan tinggi ini membolehkan pembayaran barangan di Kedai Mesra dilakukan dengan sentuhan fizikal yang minimum sebagai ciri keselamatan tambahan menerusi Setel.

“Pengguna juga bukan sahaja dapat memperoleh mata ganjaran Mesra, malah menebus mata ganjaran terus daripada aplikasi tersebut,” katanya dalam ke­­n­ya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

 

Iskandar menerangkan, pe­nam­bahan dua ciri ini merupakan batu loncatan dalam usaha syarikat membawakan lebih ba­nyak lagi ciri intuitif yang disesuaikan untuk setiap pelanggan, sejajar dengan kepelbagaian tawaran yang semakin meningkat.

Deliver2Me kini boleh digunakan di enam stesen Petronas yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan akan diper­luaskan secara berperingkat ke semua stesen yang menggunakan Setel di seluruh negara bermula suku pertama 2021.

Setel juga boleh digunakan di lebih 900 stesen Petronas di seluruh negara dan percuma buat pengguna iOS serta Android me­lalui muat turun di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI