fbpx

Saya tak merajuk – Linda Nanuwil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Linda Nanuwil

KUALA LUMPUR – Bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Linda Nanuwil bersedia berdepan sebarang kecaman apabila kembali menjadi peserta program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh tidak lama lagi.

Selepas 15 tahun menghilangkan diri dalam bidang nyanyian, penyanyi yang pernah digelar pesona bintang pada awal karier­nya mengakui penglibatannya sebagai salah seorang peserta GV7 adalah satu cabaran besar.

“Saya perlu kuat dari segi mental dan fizikal, lebih-lebih lagi menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak.

“Zaman masuk GV7 tidak sama semasa saya me­nyertai AF. Zaman media sosial ini, segala-galanya lebih telus,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Linda bersyu­kur kerana diberi peluang untuk kembali berada dalam industri hiburan.

“Saya bersyukur GV7 memberi peluang kepada saya untuk menjadi bekas peserta AF yang pertama menyertainya.

“Saya tidak meletakkan harapan besar, tetapi saya akan cuba buat yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Naib Juara AF2 itu turut menafikan dirinya merajuk sehingga membawa diri pulang ke Sabah.

Katanya, dia mengambil keputusan pulang ke negeri kelahirannya selepas ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sepanjang berada di Sabah, Linda masih menyanyi dan memenuhi jemputan untuk me­ngadakan persembahan.

Ditanya tentang soal status dirinya yang telah berkahwin, Linda menafikan perkara tersebut.

“Saya masih jomblo (bujang),” katanya berseloroh.

Linda bersama 13 lagi pe­nyanyi lain akan berentap di pentas GV7 pada 11 Oktober ini di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) Ria HD (123) setiap Ahad pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.