fbpx

Projek Gila Lefthanded 2020 tanpa Yan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEMPENA meraikan ulang tahun ke-40 dalam industri, kumpulan rock legenda Lefthanded merancang untuk mengadakan sebuah siri konsert pada tahun depan.

Vokalisnya, Datuk Nashrudin Elias atau Nash berkata, konsert yang diberi nama Ultimate Experience Projek Gila itu akan bermula pada bulan Januari tahun depan membabitkan 16 lokasi seluruh negara.

“Projek ini sebenarnya dicetuskan oleh Man Kidal sejak lima tahun lalu dan sangat bermakna untuk kami realisasikan demi peminat.

“Sedar dengan situasi semasa Covid-19 yang masih melanda, perkara paling penting untuk memastikan konsert ini berjaya ialah kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kami akur dengan segala keputusan ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

PERJUANGAN Nash dan Man Kidal bersama Lefthanded tetap diteruskan biarpun kumpulan mereka sedang berdepan isu dalaman.

Lefthanded ditemui pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-40 Lefthanded di Panggung Asia, Jalan Gombak baru-baru ini.

Konsert Lefthanded Ultimate Experience Projek Gila menyaksikan persembahan daripada dua anggota asalnya iaitu Nash dan pemain gitar Man Kidal diiringi pemuzik gantian iaitu Fly Harizor, Rio Rasul, Ritz Metalasia dan Hafiz (anak kepada Allahyarham Man Dayak). Gabungan terkini itu dikenali sebagai Lefthanded 2020.

Tambah Nash, 61, sebagai persediaan untuk konsert itu nanti, mereka akan menjalani latihan selama empat bulan di Panggung Asia, Gombak,

“Saya dan Man Kidal sudah berusia, jadi kami perlu membuat latihan rapi untuk persediaan konsert ini bersama pasukan produksi. Latihan akan diadakan selama lima hari seminggu tanpa henti sehingga hujung tahun.

“Pada masa sama, kami rasa sangat beruntung sebab dapat bekerjasama dengan pemuzik muda yang handal seperti Fly Harizor, Rio Rasul, Ritz Metalasia dan Hafiz. Sekali gus konsert ini menjadi medan perkongsian ilmu buat kami,” jelasnya.

BARUSAN Lefhanded 2020 (dari kanan) Ritz Metalasia, Rio Rasul, Nash, Man Kidal, Fly Harizor dan Hafiz. – FARIZ RUSADIO

Terserah

Di sebalik keterujaan berbicara tentang penganjuran konsert, Lefthanded turut dibayangi isu dalaman apabila pemain bassnya, Yan mendakwa telah disisihkan daripada kumpulan itu.

Yan atau nama sebenarnya Amran Marsiman mendakwa, dia tidak lagi dipanggil untuk menyertai persembahan Lefthanded sejak Disember tahun lalu tanpa mengetahui sebabnya.

Kali terakhir Yan beraksi bersama Lefthanded ialah pada penganjuran Konsert Rockmania 2019 @ Orkestra RTM pada Oktober tahun lalu di Pulau Pinang.

Memberi respons terhadap dakwaan Yan, Man Kidal berkata, mereka tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan campur tangan pihak lain.

“Saya minta maaf kerana enggan membesarkan hal ini.

“Sebelum ini saya ada dengar khabar angin tetapi tiada masa untuk ambil tahu sebab sangat sibuk dengan perancangan konsert tahun depan.

“Kami umpama sebuah keluarga, jadi tidak baik untuk sebarkan cerita dalam kain kepada orang luar.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu bercerita tentang punca dan terserah kepada Yan jika mahu membawa hal ini ke mahkamah,” ujar Nash.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI