fbpx

Pemilik premis langgar PKPP diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan malam semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang pemilik premis perniagaan menjual makanan yang beroperasi tanpa lesen sah dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan 16 pekerja warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalan yang sah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, serbuan dibuat pada pukul 10.30 malam bersama agensi penguat kuasa melibatkan Tenaga Nasional Berhad , Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah Daerah di sebuah kedai makan di bawah stesen Bas Rapid Transit Mentari Court di sini.

“Ketika serbuan mendapati, premis tersebut mengadakan perniagaan melebihi masa selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang merupakan pemilik premis serta turut menahan tujuh orang lelaki dan sembilan wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 47 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, penjaga premis serta 21 orang pengunjung turut dikenakan kompaun RM1000 setiap seorang kerana didapati tidak menjaga penjarakan fizikal semasa pemeriksaan dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 1963 dan Seksyen 6(1)C Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6 Akta Hiburan Kerajaan Tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI