fbpx

DAP beri sokongan Anwar bentuk kerajaan baharu jika perolehi sokongan majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP memberikan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu jika mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut untuk terus menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Kami mengambil maklum pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memperolehi sokongan majoriti ahli parlimen.

“Kesemua 42 orang ahli parlimen DAP memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu jika mempunyai cukup majoriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam satu sidang akhbar hari ini mengumumkan telah berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, beliau yang juga pemimpin PH mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Bagaimanapun, beliau berkata, makluman dan langkah selanjutnya berhubung pembentukan kerajaan baharu akan beliau umumkan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh terdekat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI