fbpx

Yantzen, Linda Nanuwil, Noraniza Idris, Mus May bakal goncang GV7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persoalan siapa penyanyi yang akan bergelar peserta program realiti hiburan popular, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terjawab apabila nama 12 penyanyi solo dan 2 berkumpulan diumumkan hari ini.

Antara penyanyi terbabit ialah enam penyanyi wanita iaitu Rozita Izlyn, Ayu Damit, Ashira dan Haslinda. Turut bersaing dalam pertandingan itu nanti, Linda Nanuwil dan juga Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Tidak ketinggalan penyanyi lelaki yang turut bertanding seperti bekas vokalis kumpulan May iaitu Mus dan Yantzen, Cliff Umar (Projek Pistol), Ayu (Success), Oja dan Nomad serta dua buah kumpulan masing-masing Indigo dan Eva.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd. Kamal, GV7 mencatat rekod dengan bilangan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah penganjuran iaitu 14 peserta.
“Pemilihan tidak bersandarkan kepada lagu-lagu popular mereka tetapi berdasarkan pengalaman dan reputasi mereka,” katanya.

GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober ini dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program realiti popular yang ditaja oleh Farm Fresh selaku penaja utama akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105), Ria HD (123)  setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk edisi kali ini, GV7 masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse, juri tetap pula Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Juara GV7 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 beserta trofi.

Hadiah untuk tempat keempat (RM20,000), kelima (RM15,000) dan keenam (RM10,000) beserta trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI