fbpx

Tukar tayar tepi lebuh raya undang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS menggalakkan pengguna menghubungi pusat kawalan atau pejabat operasinya untuk me­minta bantuan menukar tayar yang pecah atau pancit.
SHAWKATH AZDE, WARTAWAN EKSEKUTIF

Setiap tahun, Malaysia menca­tat jualan hampir satu juta kenderaan termasuk kereta dan motosikal baharu. Ini belum mengambil kira jualan kende­raan terpakai.

Ini secara tidak langsung bermaksud ada peningkatan jumlah pemandu di atas jalan raya.

Satu hakikat yang perlu diakui ialah kenaikan jumlah pemandu dan kekerapan memandu me­nyumbang kepada kadar kemalangan tahunan. Lazimnya, ini di­sebabkan dua faktor iaitu manusia dan bukan manusia.

Faktor manusia ini lebih tertumpu kepada sikap dan ke­cuaian. Faktor bukan manusia te­rmasuk malapetaka atau di luar kawalan manusia.

Universiti Michigan menerusi satu kajian pada Februari 2014 menyifatkan Malaysia sebagai satu daripada 25 negara di dunia yang memiliki jalan raya paling berbahaya untuk pengguna.

Kajian menerusi Institusi Penyelidikan Pengangkutan universiti berkenaan menunjukkan Malaysia menduduki ranking ke-17 dengan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu.

Institusi itu membuat justifikasi berasaskan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia tahun 2008, melibatkan 193 negara.

Sejauh mana laporan itu berpaksi pada hakikat sebenar boleh disanggah jika difikirkan secara mendalam. Pada pandangan peribadi, jalan raya bukan penyebab utama kematian.

Tahukah anda, ada juga pemandu terbunuh semasa mereka berada di luar kenderaan? Kes seperti ini berlaku setiap tahun membabitkan pemandu berhenti di bahu kiri lebuh raya untuk menukar tayar pancit.

Kebanyakan pemandu ini maut dirempuh dan digilis kenderaan lain, malah ahli keluarga lain yang menunggu di dalam kenderaan turut terkorban selepas dirempuh kenderaan berat.

Setiap pemandu perlu tahu pengendali lebuh raya, seperti PLUS Malaysia Berhad (PLUS) amat menggalakkan pengguna menghubungi pusat kawalan atau pejabat operasinya untuk me­minta bantuan menukar tayar yang pecah atau pancit.

Ketua Perhubungan Korporat, Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata, pihaknya mempunyai 130 buah kenderaan PLUSRonda dengan kekuatan 520 kakitangan PLUSRonda yang akan melakukan rondaan di lebuh raya pada setiap hari.

“Jika berlaku sebarang insiden, pengguna perlu memasuki zon kecemasan yang mempunyai kawasan luas.

“Anda diminta meletakkan petanda isyarat kecemasan segi tiga kira-kira 20 meter di belakang kenderaan. Selepas itu, boleh tukar tayar kereta dengan mengambil semua langkah berhati-hati,” ujarnya.

Selain itu, pemandu boleh berhenti di laluan kecemasan, tetapi semua penumpang perlu keluar dengan selamat dan tunggu di belakang penghadang jalan di bahu lebuh raya.

Penganalisis permotoran, Gan Yong Li menasihatkan pemilik kenderaan untuk memeriksa keadaan tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

“Periksa tayar sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan membuat penjajaran semula roda dan imbangan roda selepas dua kali kereta anda diselenggara. ia juga tertakluk kepada kekerapan memandu,” katanya.

Selain itu, beliau menggalakan orang ramai bersikap peka terhadap keadaan roda kenderaan de­ngan memeriksa ketebalan bunga tayar, ambil tahu tarikh luput tayar, meneliti jika ada berlaku rekahan pada dinding tayar selain memastikan tayar simpanan diisi angin setiap satu atau dua bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI