fbpx

Tiada keperluan untuk wujudkan kembali SPAD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah dimansuhkan sebelum ini memandangkan peranan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah memadai.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, peranan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat yang dahulunya di bawah SPAD kini dikekalkan di bawah APAD.

“Tujuan utama penubuhan APAD adalah bagi memastikan kelancaran dan kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan berkaitan dengan program transformasi pengangkutan awam darat.

“Pelaksanaan dasar dan inisiatif ini kekal dilaksanakan oleh bekas kakitangan SPAD yang ditawarkan perkhidmatan semula secara kontrak di APAD, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan lain bagi tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2020 nanti,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Negara, Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah yang bertanya sama ada kerajaan akan mewujudkan semula SPAD ataupun sebaliknya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI