fbpx

Suspek hempas kucing ke lantai diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang lelaki menghempas seekor kucing yang berada di atas keretanya.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lelaki yang bertindak menghempaskan seekor kucing ke lantai di tempat letak kenderaan di Jalan Rejang 6, Setapak Jaya di sini.

Difahamkan, pemilik kereta jenis Honda City itu tampil menyerah diri hari ini selepas mendapati maklumat dirinya tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Balai Polis Setapak.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kucing itu kini dalam jagaan pegawai penguat kuasa di Hospital Veterinar di Cheras.

“Kita buka siasatan selepas laporan dibuat oleh pegawai polis berhubung kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu tular satu klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu menghempas kucing yang berada di atas keretanya ke lantai.

Susulan daripada kejadian tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia dalam paparan di Facebooknya mendedahkan kucing terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat tindakan pelaku berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI