fbpx

Sembilan laporan cubaan culik babit KFR diterima Polis Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak sembilan kes cubaan penculikan membabitkan kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) berlaku di kawasan pantai timur Sabah bermula Mei hingga kini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, maklumat berkenaan diterima pihaknya menerusi pasukan keselamatan di Filipina.

“Cubaan culik ini memang ada selain dimaklumkan ada pergerakan menyeberangi ke sempadan Sabah.

“Bagaimanapun, setakat ini semua aset kita di laut sudah dalam keadaan siap siaga dan ia akan teruskan sehinggalah selesai, tidak sahaja sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan keamanan Sabah terus terjamin,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai maklumat kemasukan rakyat negara jiran secara beramai-ramai ke Sabah untuk membuat kekacauan sewaktu PRN, Hazani berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menghalang sebarang kegiatan jenayah berlaku di seluruh negeri.

“Sama seperti tahun 2018, terdapat satu kes culik berlaku di Tambisan, Lahad Datu, ketika pilihan raya umum (PRU) dan kita menjangkakan di atas kesibukan anggota keselamatan ketika ini, bakal ada pihak dari negara jiran cuba masuk seterusnya membuat kekacauan.

“Kedatangan mereka juga mungkin turut membawa Covid-19. Oleh itu, kita akan pastikan tiada sebarang kegiatan jenayah dan jangkitan baharu berpunca daripada mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI