fbpx

Polis Johor lupus dadah bernilai RM14.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dilupuskan Polis Johor di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini melupuskan barangan kes membabitkan 877.40 kilogram (kg) dan 251.63 liter pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM14.6 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 3,844 kes dadah dalam tempoh 2008 hingga 2019.

Katanya, antara dadah berkenaan termasuklah heroin seberat 10.64 kg, kanabis (6.39 kg), ketamin (88.61 kg), syabu (90.51 kg) dan lain-lain.

“Polis Johor komited melaksanakan operasi membanteras sindiket jenayah terancang yang menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di negara ini.

“Namun proses itu tidak terhenti sehingga suspek dihukum di mahkamah, polis juga perlu memastikan semua barangan dirampas dilupus mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, pada tahun lalu, Polis Johor telah berjaya melupuskan barang kes dadah dirampas sebanyak 159.07 kg dan 251.63 liter dadah bernilai RM20.61 juta.

“Kesemua barang kes ini akan dibawa ke tapak pelupusan yang terletak di Negeri Sembilan untuk dilupuskan mengikut SOP ditetapkan,” tambahnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI