fbpx

Penunggang basikal boleh guna laluan alternatif selain lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penunggang basikal dibenarkan menggunakan laluan di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Bandaran dan lain-lain jalan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Azisman Alias berkata, susulan larangan berbasikal di lebuh raya, mereka masih boleh menggunakan laluan alternatif yang dibenarkan.

“Mereka (penunggang basikal) harus mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

“Perkara ini penting bagi menjamin keselamatan diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azisman berkata, individu yang ingkar boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI