fbpx

Pelajar pondok ditahan disyaki cabul anak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah pondok di Setiu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan pada pukul 3.15 pagi pada Ahad lalu di rumahnya di sini.

Beliau berkata, penahanan itu susulan daripada aduan dibuat oleh seorang doktor dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Pengadu merupakan seorang doktor telah memeriksa seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang disyaki telah dicabul jirannya tersebut.

“Menurut keterangan ibu bapanya, kanak-kanak itu dipanggil ke rumah suspek pada pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu sebelum mangsa pulang ke rumah setengah jam kemudian dalam keadaan menangis dan mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, ibu bapa kanak-kanak perempuan berkenaan kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, laporan awal perubatan mengesahkan tiada kemasukan dan tiada kesan koyakan pada alat sulit mangsa dan hanya mempunyai kesan ekzema pada kulit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI