fbpx

Negeri lain contohi langkah Negeri Sembilan sedia caruman i-Suri – KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun (lima dari kiri) dan Ahmad Badri Mohd. Zahir bergambar bersama penerima cek program i-Suri pada Majlis Penyerahan Cek i-Suri Kerajaan Negeri Sembilan di Hotel Royal Chulan di sini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyarankan negeri- negeri lain meneruskan langkah Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan peruntukan khas untuk caruman suri rumah melalui program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, Negeri Sembilan merupakan negeri pertama dan perintis kepada usahasama memperkasakan golongan wanita melalui pemberian sumbangan i-Suri kepada suri rumah dan wanita yang berdaftar dengan e-Kasih di negeri tersebut.

“Terima kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang menjadi perintis kepada program i-Suri bagi memperkasakan wanita di negeri ini melalui peruntukan khas yang disediakan untuk caruman dalam KWSP.

“Saya berharap kerajaan negeri lain akan mengikut langkah kerajaan Negeri Sembilan kerana ini merupakan inisiatif yang baik dan boleh dijadikan tabungan kepada golongan suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Cek i-Suri oleh Kerajaan Negeri Sembilan di Hotel Royal Chulan di sini yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Ahmad Badri, selain insentif khas kerajaan sebanyak RM480 setahun, golongan suri rumah juga layak menerima pelbagai manfaat sebagai ahli KWSP seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya dan bantuan kematian.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM501,480 pada tahun 2020 untuk caruman kepada suri rumah melalui program i-Suri.

“Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini, kerajaan negeri bersetuju mencarum RM5 sebulan (RM60 setahun) kepada seramai 8,358 orang suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih di negeri ini.

“Kerajaan negeri berjarap dengan inisiatif ini sedikit sebanyak mampu memberi kelegaan kepada penerima i-Suri dengab keseluruhan jumlah caruman yang diterima sebanyak RM540 setahun (RM480 dari Kerajaan Persekutuan dan RM60 Kerajaan Negeri),” katanya.

Pada majlis tersebut, Aminuddin turut menyampaikan cek caruman kepada penerima program i-Suri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI