fbpx

Mohd. Na’im antara dilantik empat anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Sharafuddin (dua dari kir) bersama penerima watikah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan menyerahkan
watikah pelantikan kepada empat orang Hakim Syarie sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Mohd. Amran Mat Zain.

Pelantikan yang berkuatkuasa pada 25 Ogos 2020 hingga 24 Ogos 2023 itu dibuat selaras dengan Subseksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selain itu, turut dilantik adalah Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dan Othman Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Mei 2020 hingga 3 Mei 2023.

Pada isitiadat tersebut juga, sembilan orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan melibatkan Muhamad Hisyam Zakaria, Salmi Amalia Jamil, Nor Faiz Afsal Abu Bakar, Fairus Jaafar, ‘Afif Sofiuddin Abd. Ghani, Ahmad Faizal Tahiron, Muhammad Mustaqim Darus, Siti Nazratul Ain Sulaiman dan Mohd. Fakhrurrazi Mahamad.

Sementara, dua pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah turut dilantik iaitu Nur Afiqah Ismail dan Nurnazliya Zakaria. Kesemua pelantikan itu dibuat selaras dengan Subseksyen 59(1) dan Seksyen 60 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Watikah pelantikan turut diserahkan kepada Zakaria Jamil sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan tiga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah melibatkan
Siti Salmiah Ismail, Syahrul Syafie Hariths dan Ramizah Razali.

Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Hakim Syarie Selangor Datuk Mohammad Adib Husain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI