fbpx

Keutamaan diberi kepada pekerja tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk memenuhi peluang pekerjaan yang ada terutamanya ketika negara menghadapi cabaran pasca pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, kerajaan sedar tentang kerisauan rakyat yang memberi impak bukan sahaja terhadap sektor ekonomi negara malah turut memberi perubahan besar kepada keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia.

“Kerajaan telah mengambil tindakan untuk memastikan pekerja asing hanya digajikan apabila mereka benar-benar diperlukan terutamanya dalam sektor yang kurang mendapat sambutan pekerja tempatan.

“Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan termasuklah mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk T. Mohan yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan bagi pemerkasaan tenaga kerja di dalam negara selaras dengan tuntutan kehidupan norma baharu pasca pandemik Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI