fbpx

Kempunan tak sempat lakukan pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang suspek ditahan selepas cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di sini. Foto IHSAN POLIS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Dua penganggur lelaki kempunan apabila tidak sempat melarikan barang berharga ketika memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, dekat sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 41 tahun itu dicekup polis kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hanya 10 minit selepas Balai Polis Bukit Indah menerima panggilan daripada pengadu tentang tindak-tanduk suspek yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pengadu memaklumkan ternampak dua suspek menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dalam keadaan mencurigakan apabila memberhentikan kenderaan di lorong belakang rumah terbabit.

Katanya, salah seorang suspek berkenaan dilihat telah memasuki rumah berkenaan manakala seorang lagi berada di luar.

“Bertindak atas maklumat, pasukan tindakan khas dari Balai Polis Daerah Iskandar Puteri telah ke tempat kejadian dan telah membuat tangkapan terhadap kedua-dua saspek tersebut.

“Seorang suspek ditangkap di dalam rumah terbabit manakala seorang lagi diberkas ketika berada di luar rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, polis turut merampas seunit alat pemotong, seunit playar, sebatang besi berbentuk ‘T’, dua pasang sarung tangan dan dua unit telefon bimbit serta menyita kenderaan berkenaan yang didaftar atas nama adik salah seorang suspek.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan mendapati pemilik rumah tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku kerana masih ‘lockdown’ di Singapura.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis Methaphetamine.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai empat rekod lampau bagi kes dadah dan kes jenayah.

“Hasil soal siasat yang dilakukan kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI