fbpx

Eira Syazira dapat barang kemas tajaan RM15,000 sempena ulang tahun perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EIRA dipakaikan barang kemas tajaan oleh Azad sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Eira Syazira menerima kejutan istimewa daripada suaminya Azad Jasmin sempena meraikan ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka menerusi sebuah majlis yang berlangsung di Dealova Place, Sunway Nexus. 

Azad membawa Eira datang ke lokasi dengan mata tertutup sebelum diraikan kaum keluarga, teman rapat serta kehadiran rakan media menerusi sesi bersanding dan makan beradab bak pengantin baharu. 

Malah kejutan menjadi lebih berganda apabila sebuah kedai emas, Emas Rozita yang beroperasi di Ipoh, Perak menghadiahkan set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting bernilai RM15,000 kepada Eira.

SEMBILAN tahun hidup bersama, Eira dan Azad bahagia diulit cinta bersama dua orang cahaya mata.

“Perancangan untuk membuat kejutan ini sudah difikirkan sebulan lalu, tetapi sangat sukar merealisasikannya tanpa bantuan orang lain. 

“Mujurlah keluarga serta adik-beradik ipar banyak membantu dan merekalah yang berkomplot dengan saya untuk menjadikan kejutan istimewa ini terjadi termasuklah rakan penaja,”ujar Azad ketika ditemui pada majlis itu, baru-barui ini.

Sementara itu menurut Eira, tempoh sembilan tahun menjalani kehidupan berumah tangga ada turun dan naik, namun dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang pandai menghiburkan hati. 

“Saya selalu cakap pada Azad kita hidup sebagai suami isteri tidak boleh buat perkara membosankan antara diri kita. Maksudnya jangan berpura-pura di hadapan pasangan. Di rumah kita muram tetapi bahagia ketika berjumpa kawan di luar. 

“Sebab itu saya selalu tekankan rumah adalah syurga. Selama ini saya banyak belajar daripada Azad dan keluarga. Ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat. Ibu mentua tidak pernah menganggap saya sebagai menantu. Rapatnya hubungan ini, hanya kami sahaja yang tahu,” ujarnya. 

Azad dan Eira yang mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan Areisya Suri Rose, 2. – K. ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI