fbpx

Aksi Fabinho curi perhatian Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FABINHO diletakkan sebagai bek tengah ketika menentang Chelsea ekoran kecederaan dialami Matip dan Gomez. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada Fabinho apabila menjalankan tugas dengan baik sebagai pemain pertahanan tengah ketika menang 2-0 ke atas Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Pada perlawanan di Stamford Bridge itu, Fabinho terpaksa diletakkan di posisi pertahanan bagi menggantikan Joe Gomez dan Joel Matip yang masih cedera.

Kata Klopp, pemain antarabangsa Brazil itu merupakan calon terbaik untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan sekiranya Sadio Mane tidak menjaringkan dua gol.

“Jika Sadio (Mane) tidak ja­ringkan dua gol, saya fikir Fabin­ho adalah calon terbaik sebagai pemain terbaik perlawanan. Dia menampilkan aksi yang cukup baik.

“Meskipun ia bukan posisi asal tetapi dia berjaya bantu pasukan dari aspek pertahanan serta ketika melancarkan serangan. Dia harungi satu perlawanan yang sempurna,” kata Klopp.

Pada masa sama, pengendali dari Jerman itu turut memuji prestasi yang ditampilkan Mane apabila dua kali menewaskan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

“Aksi yang ditampilkan Sadio menunjukkan kemampuan sebenar Liverpool. Pemain-pemain lain turut memainkan peranan penting terhadap kemenangan pada hari ini (kelmarin),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI