fbpx

82 kes baharu, Kluster Bangau-bangau di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 82 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,358 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 72 kes adalah penularan tempatan dan 10 lagi melibatkan kes import dari negara India dan Indonesia.

Menurutnya, Sabah merekodkan 60 kes hari ini termasuk kluster baharu iaitu Kluster Bangau-Bangau di Semporna membabitkan empat warga Malaysia dan satu warga asing.

“Kluster ini dikenal pasti hasil saringan kemasukan pesakit di Hospital Semporna dan sebanyak lima kes (kes ke 10,340 hingga ke-10,344) dikesan positif Covid-19 semalam.

“Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kes lain di Sabah ialah  41 kes positif daripada Kluster Benteng LD, enam kes Kluster Pulau dan enam kes Kluster Selamat.

Katanya, seterusnya masing-masing satu kes membabitkan warga Malaysia iaitu saringan komuniti serta saringan ke Hospital Queen Elizabeth.

Dr. Noor Hisham berkata, Kedah pula merekodkan 10 kes baharu iaitu sembilan kes Kluster Sungai dan satu kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar.

“Selangor satu kes melibatkan warga Malaysia iaitu saringan pra prosedur di sebuah pusat perubatan dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Selain itu Sarawak juga melaporkan satu kes baharu melibatkan saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak melibatkan warga Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak 82 kes pulih Covid-19 hari ini, sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan kes kematian dan jumlah kekal 130 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI