fbpx
Mohd. Khairuddin melawat estet sawit TDM Plantation bagi melihat sendiri kerja-kerja yang dilakukan di ladang sawit tersebut.

35,000 peluang pekerjaan untuk orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan dibuka kepada orang ramai dalam sektor perladangan kelapa sawit yang mampu beri keuntungan dan menjamin masa hadapan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, orang ramai khususnya golongan muda disarankan bekerja dalam bidang tersebut.

“Orang ramai digalakkan menceburi sektor ini, yang menjanjikan pendapatan sekitar RM2,000 hingga Rm3,000 sebulan selain harga minyak sawit dunia yang stabil di peringkat antarabangsa.

“Ianya selari dengan polisi terkini kerajaan yang tidak membenarkan lagi kemasukan pekerja asing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu. Diharapkan warga tempatan ambil peluang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khairuddin, slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ turut diperkenalkan beliau kerana kemampuan sektor tersebut meningkatkan ekonomi negara serta hasilnya yang berkhasiat memberi manfaat kepada rakyat. – K! ONLINE