fbpx

230 guni daun cincau kering dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAUN cincau kering yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Seberang Perai Jumaat lalu.

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis ) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 5.7 tan daun cincau kering ke negara ini ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Jumaat lalu.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya membuat sitaan itu kira-kira pukul 1 petang selepas pengimport didapati tidak mematuhi syarat seperti yang ditetapkan pada permit import yang dikeluarkan Maqis.

“Sebanyak 5,750 kilogram daun cincau kering yang dianggarkan bernilai RM29,039.78 itu ditemui semasa pemeriksaan rutin yang dilakukukan ke atas sebuah kontena dari Indonesia.

“Pengimportan produk itu yang dibungkus di dalam 230 guni dipercayai bertujuan untuk dijadikan produk perubatan herba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zarina berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Beliau berkata, Maqis mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI