fbpx

128 pasukan bertarung rebut piala pusingan kejohanan karom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN MajuPerak Holdings Berhad Muhammad Azmi Abdul Aziz (kanan) dan Ellya Suraya Ahmad Khushaini menunjuk poster Kejohanan Karom Terbuka Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad 2020 yang bakal dianjurkan di Kompleks Silveritage Galleria (KSG) Medan Gopeng Sabtu ini.

IPOH – Sebanyak 128 pasukan tempatan menyertai Kejohanan Karom Terbuka merebut Piala Pusingan Ketua Pegawai eksekutif Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM5,000 di Kompleks Silveritage Galleria (KSG), Medan Gopeng Sabtu ini.

Kejohanan kali pertama itu dianjurkan Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad bertujuan bagi mencungkil bakat baru selain mengeratkan lagi hubungan di kalangan agensi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mohd Herwan Razali berkata, MajuPerak mengambil inisiatif mahu memartabatkan sukan karom setanding dengan sukan popular di negara ini.

“Setakat ini 128 pasukan regu akan berentap bagi merebut kejuaraan yang menawarkan wang tunai RM2,000, piala pusingan, medal dan sijil, naib juara (RM1, 000, medal dan sijil) serta tempat ketiga dan keempat (RM500 medal dan sijil).

“Manakala bagi tempat kelima hingga kelapan turut akan membawa pulang wang tunai RM200 dan kesembilan hingga ke enam belas pula kita sediakan wang tunai RM70,” katanya.

Tambahnya, bagi memeriahkan lagi kejohanan, penganjur turut mengadakan 20 cabutan bertuah yang turut menanti pemenang pada kejohanan yang bakal bermula jam lapan pagi.

Mohd Herwan berkata, setakat ini, 128 pasukan itu terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk pasukan persendirian daripada negeri Pulau Pinang, Terengganu, Perlis dan Kuala Lumpur yang mengesahkan pendaftaran.

“Kita mahu sukan karom dipandang serius dan menolak tanggapan karom sekadar sukan santai yang hanya dimainkan di warung kopi atau peringkat kampung saja, cuma mungkin ia belum lagi meluas seperti sukan bola sepak.

“Apa yang kita harapkan kejohanan kali ini akan menjadi gelanggang menguji kebolehan para peserta seterusnya membuka laluan untuk mereka melangkah lebih jauh dalam sukan ini kelak,” katanya lagi.

Katanya, selain itu juga pihak penganjur turut mahu mempromosikan KSG yang kini menjadi tumpuan serta faktor penarik pelancong asing dan tempatan keh Perak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN