fbpx

Histourism perkenal cenderahati berkonsepkan bangunan ikonik, bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Terkesan dengan penularan wabak Covid-19 sehingga memberi kesan kepada industri pelancongan, sebuah syarikat bumiputera, Histourism Sdn. Bhd. (Histourism) mengambil inisiatif menghasilkan cenderahati berkonsepkan bangunan ikonik dan bersejarah negara

Pengasas syarikat Mohd. Fareq Rizal Mohd. Fisal berkata, idea menghasilkan cende­rahati tersebut merupakan hasil maklum balas pelanggan sepanjang lima tahun terbabit mempromosikan pelancongan sejarah kepada pelancong luar dan tempatan.

Menurut beliau, antara produk yang dihasilkan ialah rantai kunci, penanda buku, pembalut telefon bimbit, kulit buku dan jam dinding menerusi ukiran tiga dimensi.

“Menerusi cenderahati itu juga, pihaknya dapat mengetengahkan bangunan, struktur atau lambang-lambang bersejarah kepada umum.

“Cenderahati ini diukir di atas kayu lembut atau dicetak pada resin dan logam menggunakan teknologi tiga dimensi,” katanya ketika ditemui di di sini baru-baru ini.

Mohd. Fareq menerangkan, antara monumen yang dihasikan adalah Masjid Zahir, Balai Besar Kedah dan Gerbang Kota Setar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI