fbpx

Emmy Awards 2020: Selepas enam tahun, Schitt’s Creek menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Schitt’s Creek menang besar pada acara Emmy Awards 2020 enam tahun selepas bersiaran dan mula mencuri tumpuan apabila ditambah ke Netflix.

Selepas enam tahun bersiaran, musim terakhir sitkom Kanada, Schitt’s Creek menang besar pada acara Emmy Awards 2020 yang berlangsung secara maya di Los Angeles.

Karya arahan anak-beranak, Eugene dan Daniel Levy itu menang dalam sembilan kategori iaitu Siri Komedi Terbaik, Pelakon Pembantu Komedi Wanita Terbaik (Annie Murphy), Pelakon Pembantu Komedi Lelaki Terbaik (Dan Levy), Pengarahan Komedi Terbaik (Andrew Cividino dan Dan Levy – Happy Ending).

Selain itu, Schitt’s Creek menambah kilauan Emmy dengan memenangi kategori utama lain, Tulisan Komedi Terbaik (Dan Levy – Happy Ending), Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Eugene Levy), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Catherine O’Hara), Kostum Kontemporari Terbaik dan Ujibakat Komedi Terbaik.

Kejayaan itu bermakna, sitkom tersebut kini memegang rekod sebagai sitkom paling banyak menang anugerah dalam tempoh satu tahun untuk karya bernuansa komedi.

Siri tersebut sebelum ini ditayangkan di Pop TV pada 2015 namun mula mencuri tumpuan ramai termasuk penonton seluruh dunia apabila ditambah ke gergasi media digital, Netflix.

“Paling penting, siri ini tentang transformasi kesan-kesan cinta dan penerimaan, dan itu sesuatu yang kita semua sangat perlukan pada masa sekarang,” kata Dan Levy ketika menerima trofi untuk Siri Komedi Terbaik.

Memberi ucapan tribute kepada anaknya, Eugene Levy berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki yang berjaya mengangkat cerita kurang menyenangkan namun mengubah kepada jalan cerita yang inklusif dan penuh deklarasi kasih sayang.”

Diacarakan Jimmy Kimmel, para pemenang menerima trofi kemenangan daripada rumah masing-masing disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda seluruh dunia.

Dalam pada itu, aktres berkaliber, Regina King dinamakan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam siri limited menerusi lakonan hebatnya dalam Watchmen.

Berikut senarai penuh pemenang Emmy Awards 2020:

Siri Komedi Terbaik
Schitt’s Creek (Pop)

Siri Limited Terbaik
Watchmen (HBO)

Pelakon Komedi Wanita Terbaik
Catherine O’Hara (Schitt’s Creek)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik
Eugene Levy (Schitt’s Creek)

Pelakon Wanita Terbaik, Drama
Zendaya (Euphoria)

Pelakon Lelaki Terbaik, Drama
Jeremy Strong (Succession)

Pelakon Wanita Terbaik, Siri Limited atau Filem Televisyen
Regina King (Watchmen)

Pelakon Lelaki Terbaik, Siri Limited atau Filem Televisyen
Mark Ruffalo (I Know This Much Is True)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Komedi
Annie Murphy (Schitt’s Creek)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Komedi
Daniel Levy (Schitt’s Creek)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Siri Limited atau Filem
Uzo Aduba (Mrs. America)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Siri Limited atau Filem
Yahya Abdul-Mateen II (Watchmen) – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN