fbpx

[VIDEO] Mangsa culik ditemui selepas 38 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sepasang suami isteri warga emas akhirnya ­bertemu semula dengan anak lelaki mereka yang didakwa diculik sejak 38 tahun lalu, lapor Daily Mail kelmarin.

Lelaki berusia 70 tahun itu, Su Bingde bersama isteri, Huang Renxiu berkata, mereka tidak pernah berhenti berdoa agar anak yang dipanggil Jin Shui dapat ditemui satu hari nanti.

Shui didakwa diculik pada malam 12 Mei 1982 di rumah pasangan itu sebuah perkampu­ngan di wilayah Shaanxi, barat laut China.

Semasa kejadian, anak itu ber­usia dua tahun dan sedang tidur di dalam bilik ibunya, manakala Bingde tiada di rumah. Renxiu hanya menyedari kehilangan Shui selepas ­bangun untuk me­nguruskan anak perempuannya ke tandas.

Polis menjejaki semula Shui yang kini berumur 40 tahun me­nerusi padanan maklumat da­ripada Pusat Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) Kebangsaan China. Mereka ­disatukan pada Khamis lalu.

“Pada malam kejadian, saya keluar bertemu seorang saudara dan meninggalkan isteri bersama dua anak di rumah.

“Ketika itu, saya tidak me­ngunci pintu ketika keluar kerana memikirkan mungkin akan pulang lewat pada hari sama,” kata Bingde.

Nama Shui diubah kepada Li Guolin dan dia kini menetap di wilayah Hubei, kira-kira 1,104 kilometer dari kampung ibu bapa kandungnya.

Dia juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

“Saya gembira kerana ­bukan sahaja dapat disatukan dengan anak tetapi juga bertemu cucu,” kata Bingde. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI