fbpx

Polis Tawau laksana SJR berkuat kuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

TAWAU – Polis melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lapan lokasi sekitar daerah berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pelaksanaan SJR berkenaan adalah sebagai salah satu inisiatif pihak berkuasa dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang kian menunjukkan peningkatan setiap hari.

“Walaupun jumlah kes awalnya hanya membabitkan tahanan dalam penjara namun kini terdapat juga kes sporadik yang dilaporkan berlaku di daerah ini.

“Situasi ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

“Antara lokasi SJR adalah di Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, Batu 3 Jalan Apas, Batu 2 Jalan Apas, Jalan Kuhara, Jalan Tanjung Batu dan Jalan Chong Thien Vun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Peter berkata, pihaknya juga kini melaksanakan SJR di dua lokasi lain yang menghubungkan Kalabakan-Tawau iaitu di Jalan Merotai-Kalabakan dan Road Check Point (RCP) Kalabakan.

“Operasi ini membabitkan seramai 341 pegawai dan anggota terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kerjasama orang awam amat diperlukan dalam memastikan kelancaran SJR sekali gus berjaya memutuskan rantaian penyebaran Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap menyatakan tiada keperluan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau dan Lahad Datu walaupun daerah berkenaan mencatatkan bilangan kes Covid-19 yang tinggi.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penularan kes Covid-19 membabitkan tahanan penjara dan lokap di daerah terbabit.

Menurut beliau tidak adil sekiranya dua daerah itu ditutup memandangkan bukan semua kampung mencatatkan kes positif Covid-19.

Dalam pada itu, Ismail Sabri dalam kenyataannya sebelum ini turut melarang penutupan sekolah dan pasar di Tawau sehingga menimbulkan pertikaikan awam berikutan kebimbangan orang ramai terhadap perkembangan wabak berkenaan di daerah itu.

Beliau turut menyelar tindakan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri kerana mendakwa keputusan PKP dan penutupan operasi adalah bidang kuasa kerajaan pusat.

Bagaimanapun, arahan Ismail Sabri itu diabaikan penduduk setempat apabila orang awam mengambil inisiatif untuk tidak menghantar anak ke sekolah sejak minggu lalu atas faktor keselamatan selain langkah berjaga-jaga.

Malahan jumlah ketidakhadiran pelajar ke sekolah di Tawau dilihat semakin meningkat minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI