fbpx

Operasi HKL berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik stor Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kejadian kebakaran yang berlaku di bilik stor, Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam disifatkan tidak menjejaskan perkhidmatan institusi perubatan itu dan operasinya berjalan seperti biasa.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Heric Corray berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku di aras empat pada pukul 11 malam.

“Kejadian kebakaran disedari apabila kawalan dan pusat panggilan hospital dimaklumkan mengenai bunyi penggera kebakaran yang dikesan daripada alat pengesan asap.

“Api berjaya dipadamkan oleh petugas hospital menggunakan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba dan beberapa wad berdekatan dikosongkan bagi tujuan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Tambahnya, pihak forensik bomba telah menjalankan siastan terhadap kebakaran itu serta mengisytiharkan ia telah dipadamkan sepenuhnya.

“Kesemua pesakit dan petugas hospital disahkan selamat untuk kembali ke wad masing-masing pada pukul 12.48 pagi tadi.

“Pemindahan pesakit ke wad masing-masing selesai kira-kira pukul 2 pagi dan punca kebakaran masih dalam siastan pihak bomba,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI