fbpx

Nasihin pasang impian lonjak Malaysian Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NASIHIN mendedahkan bahawa beliau akan membentuk karakter setiap pemain agar boleh bersaing di peringkat lebih tinggi.

KETUA jurulatih baharu pasukan hoki wanita kebangsaan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim bertekad memastikan skuad bimbingan­nya berada pada tahap lebih tinggi selepas dilantik dengan kontrak dua tahun berkuat kuasa kelmarin.

Nasihin, 45, kembali menggalas tanggungjawab yang pernah disandangnya dari 2011 hingga 2015 selepas permohonannya untuk menjadi pengendali baharu Malaysian Tigress diterima Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

“Saya terkejut pada mulanya kerana menjangkakan pengumuman ini akan dibuat pada hujung bulan, saya tidak sangka ia sudah diumumkan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya dilantik selepas tiga sesi temu duga dengan MHC.

“Saya memilih untuk kembali bersama skuad wanita kerana mahu keluar daripada zon selesa. Saya banyak belajar daripada ketua jurulatih pasukan lelaki sebelum ini seperti Roelant Oltmans dan Stephen van Huizen.

“Jadi saya merasakan ini waktu sesuai untuk saya memberikan semula apa yang telah saya pelajari kepada skuad wanita. Saya sudah bersedia menyahut cabaran ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan pelantikan Nasihin pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan Pasukan Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

Subahan juga mengesahkan, ketua jurulatih skuad lelaki, Arul Selvaraj akan mencari pengganti bagi mengisi tempat Nasihin sebagai jurulatih penjaga gol pasukannya sebelum hujung bulan ini.

Hari ini adalah hari pertama Nasihin akan mula turun padang meninjau prestasi para pemain wanita dalam saingan Piala Tun Abdul Razak yang sedang berlangsung hingga 26 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI