fbpx

Muguruza selesa benam Konta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA mara ke saingan suku akhir Terbuka Itali selepas menundukkan Konta ada aksi pagi semalam. – AFP

ROME, Itali – Bintang Sepa­nyol, Garbine Muguruza menepati ramalan apabila mara ke pusingan suku akhir buat kali ketiga dalam kariernya di Terbuka Itali selepas membenam cabaran pemain pilihan ketujuh, Johanna Konta pagi semalam.

Pemain pilihan kesembilan, Muguruza tampil dengan kelas tersendiri apabila mudah me­ng­atasi Konta dengan kemena­ngan straight-set 6-4, 6-1.

Juara Grand Slam dua kali, Muguruza belum pernah menewaskan Konta di gelanggang tanah liat dan ini kali pertama pemain berusia 26 tahun itu melakukannya.

Kali terakhir Muguruza bertemu Konta pada tahun 2015 ketika di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi dia tewas dengan keputusan 6-7, 7-6, 2-6 di pusingan kedua.

“Saya bermain dengan cukup baik pada perlawanan kali ini terutama menerusi pukulan servis yang cukup sempurna. Saya mengambil peluang ini dengan baik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Sudah pasti saya gembira dengan kemenangan ini kerana bila bertemu dengan Konta perlawanan biasanya menjadi sa­ngat panjang. Kali ini saya turun dengan strategi lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Elina Svitolina turut melangkah ke pentas suku akhir selepas mudah me­ngatasi pemain Rusia, Svetlana Kuznetsova 7-6, 6-4.

Pemain pilihan keempat itu hanya memerlukan 1 jam 54 minit untuk menumbangkan juara dua kali Grand Slam itu.

“Saya gembira meraih kemenangan kerana jangka akan berdepan tugas yang sukar. Kuznetsova merupakan pemain yang berpengalaman dan tidak memberi laluan mudah. Saya harap mampu ke pentas final dan meraih kemenangan ketiga di sini,” ujar Svitolina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI