fbpx

MR.D.I.Y. buka 33 cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat peruncit perkakas rumah, MR. D.I.Y. membuka 33 ca­wangan baharu di seluruh negara pada hujung minggu lalu.

Pembukaan cawangan tersebut melibatkan 20 ca­wangan MR. D.I.Y., 11 ca­wangan MR.TOY dan dua cawangan baharu MR.DOLLAR.

Memeriahkan lagi acara pembukaan tersebut, pe­langgan yang berkunjung di cawangan baharu itu pada 19 dan 20 September lalu telah me­nerima lebih 39,000 hadiah percuma bernilai RM900,000.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., Andy Chin, berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pe­langgan berikutan acara pembukaan cawangan baharu pada Julai lalu dan keputusan menganjurkan acara serupa bagi pembukaan 33 cawangan baharu bulan ini.

“Konsep runcit MR. D.I.Y. berlandaskan barangan dan produk keperluan berkua­liti pada harga munasabah, disokong oleh penawaran pilihan produk yang pelbagai, reka bentuk terkini dan perkhidmatan pelanggan berkesan.

“Kami tidak sabar-sabar mahu mengalu-alukan pe­langgan ke cawangan MR. D.I.Y., MR.TOY dan MR.DOLLAR berhampiran mereka,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Chin menjelaskan, pelanggan boleh membeli barangan keperluan rumah harian di MR. D.I.Y. tanpa ragu-ragu ke­rana kesemuanya beroperasi menurut garis panduan keselamatan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI