fbpx

Malang terus menimpa pasukan Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Kelantan United, Selwan Sinan Chasib Al Jaberi cuba menanduk bola sambil dihalang oleh penjaga Sarawak United, Shaiful Wazizi Mohamad pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching kelmarin. – KUFC MEDIA

PERTUKARAN ketua jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor bagi menggantikan tempat Zahasmi Ismail masih gagal menghadiahkan kemena­ngan pertama pasukan itu dalam empat perlawanan terakhir Liga Premier.

Terbaharu, Kelantan United tewas 1-2 kepada Sarawak United pada aksi kelapan Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin sekali gus merupakan kekalahan kelima kelab itu musim ini.

Lebih malang, Kelantan Uni­ted terus gagal mengelak daripada kekalahan selepas saingan Liga Malaysia kembali berlangsung bulan lalu sejak ditunda Mac lepas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Narul­erwan tetap berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan barisan pemainnya memandangkan ia adalah perlawanan pertamanya selepas mengambil alih pasukan sebagai pengendali sementara pada Khamis lalu.

“Saya baru dua, tiga hari bersama pemain tetapi mereka te­lah memberikan 100 peratus pres­tasi di atas padang. Saya cukup bangga dengan pemain-pemain saya.

“Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dalam perlawanan ini. Balik ke Kelantan nanti saya akan maklumkan kepada para pemain mengenai perkara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI