fbpx

KSM arah JKKP siasat kes dinding parapet jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengarahkan pasukan penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk menjalankan siasatan komprehensif susulan kejadian dinding parapet jatuh di tapak Projek Lintasan Sungai – Ulu Kelang (SUKE), petang semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, pasukan itu akan mengenal pasti punca kejadian serta menentukan sama ada terdapat perlanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan 1994.

“JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengeluarkan arahan serta merta untuk menghentikan sebarang aktiviti kerja pemasangan dinding parapet tersebut bagi tujuan siasatan.

“Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang semalam seorang wanita warga tempatan
mengalami kecederaan ringan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI