fbpx

Klopp idam aksi sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP percaya Inter Milan yang kini mendahului carta Serie A, selain kualiti pemain dimiliki mereka dirasakan mampu beri ancaman buat Liverpool. – AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menuntut anak buahnya tampil cemerlang ketika berdepan Chelsea menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Klopp mengakui anak buah­nya akan berdepan tugas sukar ketika berdepan skuad kendalian Frank Lampard selepas Chelsea tampil cemerlang mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama ketika menewaskan Brighton 3-1.

“Tahun lalu ketika kami ­ber­­depan Chelsea dengan per­­te­­­­mu­an yang sangat sukar dan sebab itulah saya menuntut pemain lebih waspada berdepan mereka nanti.

“Saya tidak pasti strategi yang akan digunakan (Frank) Lampard nanti. Mereka mempunyai ba­nyak pilihan untuk menurunkan barisan terbaiknya.

“Chelsea pasukan yang berbeza dan saya tidak tahu me­ngenai pasukan tersebut. Perkara yang paling utama ketika ini, pemain perlu bermain dengan baik,” kata Klopp.

Musim lalu, Liverpool mengu­tip tiga mata ke atas Chelsea selepas Alexander-Arnold dan Ro­berto Firmino meledak gol untuk menewaskan pasukan tersebut dengan keputusan 2-1.

Skuad The Reds akan berkunjung ke Stamford Bridge dengan keadaan terbaik tanpa sebarang masalah kecederaan para pemain mereka.

Lampard sebelum ini ­me­­­ng­a­­­kui mereka akan menentang skuad Liverpool tanpa kehadiran Christian Pulisic, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Hakim Ziyech. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI