fbpx

Jalan raya sesak akibat fenomena air pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lalu lintas di sekitar Kuala Selangor yang sesak akibat fenomena air pasang pagi tadi.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA SELANGOR – Lima kawasan di daerah ini mengalami kesesakan jalan raya hampir setengah jam apabila jalan raya dinaiki air setinggi 0.3 meter akibat fenomena air pasang pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri, Hafisham Mohd. Noor berkata, kawasan tersebut ialah Bagan Sungai Buluh, Pantai Jeram, Pantai Remis dan Bagan Sungai Janggut.

“Air pasang berlaku dari pukul 6.39 hingga pukul 8 pagi tadi dengan paras air naik melebihi had kebiasannya iaitu kira-kira 0.3 meter atau sehingga buku lali.

“Keadaan itu telah menyebabkan lalu-lintas sesak kira-kira satu kilometer dan air pasang surut secara berperingkat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu di Kuala Langat, fenomena air pasang menyebabkan air laut di Pantai Kelanang dan Pantai Morib melimpahi kawasan daratan dan beberapa pokok rhu tumbang.

Penyelaras Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat, Miskon Karim berkata, kenaikan aras air laut didaratkan setinggi 5.6 meter pada pukul 7.53 pagi.

“Beberapa pokok rhu di tepi laut tumbang semalam apabila paras air mencatatkan 5.7 meter semalam.

“Pagi ini, air pula melimpah di sebelah kawasan pantai walaupun paras air laut menurun satu meter berbanding semalam.

Jelas Miskon, seramai 10 anggota skuad Pantas telah ditugaskan memantau sebarang perubahan di sepanjang Pantai Cunang, Batu Laut, Tanjung Sepat, Pantai Kelanang dan Pantai Morib.

Fenomena air pasang dilaporkan berlaku di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam selain paras air laut dijangka berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara pukul 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI