fbpx

Bincang isu keselamatan, kesihatan di Sabah menjelang PRN, Selasa depan – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

Oleh IVAN AMIRUL

SANDAKAN – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan isu berkaitan keselamatan serta kesihatan di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal dibincangkan jawatan kuasa Kabinet pada Selasa depan.

Beliau berkata, mesyuarat secara mingguan memang sudah dilaksanakan pihaknya bagi membincangan masalah Covid-19.

“Ia adalah susulan peningkatan kes di Sabah menjelang PRN.

“Oleh itu, isu ini akan turut sama dimasukkan dalam mesyuarat berkenaan, Selasa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Ziarah Kasih di kawasan Sekong hari ini.

Sementara itu, mengulas laporan berkaitan seorang Majlis Tertinggi (MT) UMNO positif ketika berkempen di Sipitang, beliau berkata, setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, sekiranya khabar berkenaan itu benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

“Saya belum dapat laporan mengenai perkara itu. Jika ada, individu terbabit perlu dirawat sehingga pulih sebelum dibenarkan pulang ke Semenanjung.

“Oleh itu, saya sentiasa pesan supaya patuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI