fbpx
GAMBAR dirakam pada 22 Mei lalu menunjukkan seekor anak badak Jawa bersama induknya di Taman Negara Ujong Kulon dalam wilayah Banten, Indonesia. -

Anak badak Jawa dilihat di Taman Negara Ujung Kulon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua ekor anak badak sumbu Jawa yang amat jarang ditemui dilihat di sebuah taman negara di Indonesia sekali gus meningkatkan harapan masa depan haiwan tersebut yang merupakan antara mamalia paling terancam di dunia.

Anak badak sumbu itu yang terdiri daripada badak sumbu betina bernama Helen dan badak jantan diberi nama Luther, dilihat bersama induknya dalam rakaman menggunakan hampir 100 perangkap kamera.

Ketiga-tiga badak sumbu itu dilihat di Taman Negara Ujung Kulon antara Mac hingga Ogos lepas, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan hari ini.

Terletak di kawasan paling barat di Pulau Jawa iaitu di wilayah Banten, Ujung Kulon menjadi habitat liar terakhir badak sumbu Jawa.

Selepas bertahun-tahun populasinya merosot,  ketibaan dua anak badak sumbu Jawa itu menjadikan bilangan keseluruhan mamalia tersebut berjumlah 74 ekor.

Taman Negara Ujung Kulon merangkumi kawasan hutan seluas 5,100 hektar bersama beberapa anak sungai.

Bagaimanapun, pemerintah Indonesia sedang meninjau kawasan lain di seluruh kepulauan Jawa dan Sumatera untuk cuba memindahkan badak sumbu itu jauh daripada bahaya Gunung Krakatau. Gunung berapi aktif itu terletak tidak jauh dari Taman Negara Ujung Kulon.

“Kelahiran tersebut membawa harapan untuk kesinambungan spesies terancam ini,” kata seorang pegawai kanan kementerian alam sekitar  dikenali sebagai Wiranto. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI