fbpx

[VIDEO] Nyaris maut konkrit hempap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan bongkah konkrit yang berada di atas jejambat lebuh raya SUKE telah terjatuh dan menghempap sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) baru-baru ini.
Keadaan kereta mangsa

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera tangan kiri selepas satu bongkah konkrit pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) jatuh sebelum menghempap kereta yang dinaikinya petang tadi.

Difahamkan bongkah konkrit berkenaan berukuran satu meter persegi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.45 petang berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati bongkah konkrit itu menghempap kereta jenis Proton Saga FLX yang kebetulan melalui laluan berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dari arah Sungai Besi.

“Orang awam telah menghantar mangsa berusia 25 tahun itu ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan kiri itu masih menerima rawatan di zon kuning hopsital berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI