fbpx

Tiga ahli Geng CD Dragon dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang berjaya dirampas polis dalam serbuan di Kampung Naga Lilit, Kulim pada semalam.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Tiga ahli Geng CD Dragon yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta di daerah ini dan Pulau Pinang ditahan dalam serbuan di Kampung Naga Lilit di sini semalam.

Lelaki berusia 36 tahun yang merupakan ketua kumpulan serta dua wanita berusia 23 dan 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang.

Ketua kumpulan dan ahli geng berusia 29 tahun itu baru dibebaskan daripada penjara kira-kira dua bulan lalu berhubung kes curi kereta.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, kegiatan kumpulan tersebut terbongkar susulan aduan seorang lelaki berhubung kehilangan kereta jenis Honda Civic yang diletakkan di hadapan rumah sewanya di Kulim Hi-Tech pada hujung bulan lalu.

“Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Balai Polis Padang Serai bersama anggota polis IPD Seberang Perai Tengah menyerbu sebuah rumah di Kampung Naga Lilit.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun dipercayai ketua kumpulan serta dua wanita berusia 29 dan 23 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya merampas tiga buah kereta iaitu dua Proton Wira yang bersangkut laporan hilang di Machang Bubuk Bukit Mertajam dan Tasek Gelugor di Pulau Pinang serta sebuah Honda Civic yang dilaporkan hilang di Prai, Pulau Pinang.

“Kita turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah seperti sebilah pisau lipat pelbagai guna dan kuku kambing,” ujarnya.

Menurut Azhar, ketua geng didapati mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk lima berkaitan kes curi kereta manakala wanita berusia 29 tahun memiliki 13 kes jenayah lampau termasuk 11 kes berkaitan dadah.

“Seorang lagi suspek wanita tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Tambahnya, semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI