fbpx
Kereta jenis Proton Iswara yang digunakan untuk menyeludup petrol dirampas PGA Batalion di sebuah stor berhampiran pangkalan haram Bahaman, di sini malam tadi.

Penyeludup petrol bertempiaran lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Sekumpulan penyeludup yang sedang leka memindahkan minyak petrol dari sebuah kereta ke dalam tong bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di sebuah stor berhampiran pangkalan haram Bahaman, Kampung Simpangan di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 9.30 malam itu, kumpulan penyeludup berkenaan turut bertindak melarikan diri dengan membawa beberapa buah tong yang disyaki mengandungi minyak petrol.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintanden Azhari Nusi berkata, sewaktu tiba di lokasi itu, pihaknya mendapati pintu stor berhampiran pangkalan haram itu telah terbuka.

Menurutnya, anggota PGA kemudian telah ternampak sekumpulan lelaki sedang memindahkan minyak dari sebuah kereta jenis Proton Iswara ke dalam tong dengan menggunakan pam khas.

“Menyedari kehadiran anggota PGA kumpulan lelaki itu terus bertindak melarikan diri dengan membawa bersama beberapa buah tong di syaki mengandungi minyak petrol.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bonet belakang kenderaan itu telah menemui tangki yang telah di ubah suai. Kita turut menemui beberapa buah tong plastik kosong berwarna biru bersama satu alat penimbang,” katanya.

Menurut Azhari, siasatan awal mendapati pemilik kenderaan tersebut di percayai telah mengisi minyak petrol di sekitar Pengkalan Kubor bertujuan untuk memindahkan dan menyeludup bahan api itu ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan, tong dan alat penimpang dianggarkan berjumlah RM6,830,” ujarnya.

“Semua barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Simpangan untuk siasatan lanjut,” katanya.