fbpx

Pengedar daun dan air ketum, ubat batuk dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air, daun ketum dahb ubat batuk yang dirampas oleh anggota PGA Batalion 7 dalam serbuan di Kampung To' Deh, Rantau Panjang awal pagi tadi.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan tiga lelaki pengedar air, daum ketum dan ubat batuk dalam serbuan disebuah rumah di Kampung To’ Deh disini awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 3 pagi itu, PGA Batalion 7 turut merampas ubat batuk, air dan daun ketum yang dianggarkan berjumlah RM965.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 34 tahun itu dipercayai sudah lama menjalankan aktiviti tersebut di sekitar Rantau Panjang.

Menurutnya, hasil saringan air kencing yang telah dijalankan mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota PGA Batalion 7 telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung To’ Deh dan berjaya menahan tiga lelaki yang tidak bekerja.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut telah menjumpai barang-barang terlarang seperti daun, air ketum serta dan batuk,” katanya.

Azhari memberitahu, kesemua suspek yang dicekup itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI